Obsessed

20091103

Penyertaan untuk antologi ORANG MACAM KITA.

homoseksual
ORANG MACAM KITA
Karya-karya Tentang Seksualiti Alternatif di Malaysia
Disunting oleh Azwan Ismail dan Diana Dirani
Diterbitkan oleh Matahari Books

Kami ingin menerbitkan sebuah antologi seperti "Body 2 Body: A Malaysian Queer Anthology" dalam Bahasa Malaysia.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

1. Karya haruslah mengenai seksualiti alternatif di Malaysia.

2. Genre pilihan: cerpen, kisah benar, esei, memoir, petikan novel, skrip teater atau filem. Walaubagaimanapun, puisi tidak diterima.

3. Kategori seksualiti alternatif: homoseksual, biseksual, transeksual, transgender dan dwikelamin. Ini termasuklah gay, lesbian, tomboy, mak nyah dan khunsa.

4. Cadangan topik: jatuh hati, pecah lobang, cinta terlarang, kembali ke pangkal jalan, curi makan, homofobia, halangan keluarga, prejudis dan hak asasi.

5. Penyertaan terbuka kepada semua warga dunia asalkan menulis dalam bahasa Malaysia. Penulis tidak semestinya gay.

6. Setiap karya wajib dalam Bahasa Melayu, ataupun sudah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Penulis mesti bertanggungjawab terhadap terjemahan karya masing-masing jika menulis dalam bahasa lain.

7. Penulis perlu menggunakan nama sebenar. Nama pena diterima hanya bila penulis sudah dikenali ramai dengan nama tersebut, contohnya Mama Juwie atau Keris Mas.

8. Anda digalakkan menghantar karya antara 1,000 - 4,000 patah perkataan dalam format Word.

9. Tarikh tutup penyertaan ialah 28 Februari, 2010. Tarikh tutup adalah muktamad.

10. Buku ini akan diterbitkan pada pertengahan tahun 2010.

12. Sila hantar karya beserta butiran penulis ke matahari.books@gmail.com dengan tajuk emel "Orang Macam Kita"

13. Penulis-penulis karya yang terpilih akan menerima royalti dan naskhah buku percuma.

BIOGRAFI PARA PENYUNTING:

Azwan Ismail lebih merupakan seorang penyair. Karya-karya beliau pernah diterbitkan di beberapa antologi tanahair, salah satunya ialah ‘Aweks KL’ terbitan Stormkitchen. Beliau juga ada menulis mengenai muzik untuk majalah frinjan Elarti.

Diana Dirani ialah seorang penulis bebas. Buku terbaru beliau, ‘Dua Lauk’, kini telah berada di pasaran. Selain itu beliau ada menulis di beberapa antologi dan majalah, serta skrip teater.


PENERBIT BUKU:

Matahari Books ialah sebuah syarikat penerbitan, ditubuhkan oleh penulis dan pembikin filem Amir Muhammad dengan pengkhususan dalam buku-buku bukan-fiksyen tentang Malaysia. Semua buku-buku Matahari dijual di kedai-kedai buku utama Malaysia dan juga di Amazon.com. Antara buku terkini terbitan Matahari Books ialah "Body 2 Body: A Malaysian Queer Anthology (2009)".

p/s: m.A.a telah dijemput untuk menyertai ini di Facebook. Malangnya m.A.a kurang berbakat untuk menulis. Setakat karangan SPM boleh la kot. Ada apa-apa soalan sila rujuk dengan encik Amir Muhammad di Facebooknya.

20091027

halaman utama Facebook diberi wajah baru. kenapa orang payah sangat nak faham?

news feed live feed facebook

Orang ramai keliru akan fungsi News Feed dan Live Feed pada halaman utama Facebook yang telah diberi wajah baru. Atau dalam kes m.A.a Suapan Baru dan Suapan Langsung (sebab m.A.a guna bahasa Melayu).

News Feed / Suapan Baru.

Selalu tak log keluar dari Facebook dan bila nak log masuk balik, tercari-cari apa update rakan-rakan yang tertinggal?

Suapan Baru ini akan menunjukkan apa update-update yang tertinggal sepanjang masa anda tidak log masuk.

Live Feed / Suapan Langsung.

Yang ini pula akan menunjukkan update-update terkini secara terus. Dulu kan ada 'show 5 posts' kalau tak refresh halaman kat bahagian atas. Kini tidak lagi ada menatang tu. Tak payah nak refresh-refresh banyak kali setiap kali nak tengok update.

Ada faham sekarang?

;)


20091016

ukuran bahasa MELAYU sebagai MAJU.

bahasa melayu
Ada orang berpendapat bahawa sesuatu bangsa tidak akan maju jika bahasanya tidak maju. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'bahasa yang maju'? Adakah maksudnya tatabahasa atau nahu bahasa itu lebih maju daripada nahu bahasa lain? Kalau ya, apakah ukurannya?

Sebenarnya, semua bahasa mempunyai tatabahasa atau nahunya sendiri, yang tidak sama dengan peraturan tatabahasa lain, walaupun ada kalanya peraturan tatabahasa itu, kebetulan sama. Kita tidak mencipta peraturan linguistik atau nahu bahasa kita, tetapi sistem itu sudah ada sejak asal sejarah bahasa kita.

Adakah sesuatu bahasa bahasa itu dikatakan maju apabila istilah dalam bahasa itu lebih kaya atau lebih banyak daripada jumlah istilah dalam bahasa lain? Hakikatnya, perbendaharaan kata dan jumlah istilah dalam mana-mana bahasa tidak pernah 'lengkap' atau tuntas. Setiap hari ada sahaja perkataan atau istilah baharu yang terbentuk dalam sesuatu bahasa. Bahasa Inggeris, misalnya, sentiasa dimasuki istilah baharu, terutama dalam bidang teknologi komputer. Istilah yang 'pelik-pelik' digunakan, misalnya 'virus', 'mother board', 'bus', 'mouse', 'thumb drive' dan berpuluh-puluh yang lain seumpamanya untuk menyatakan benda, sistem, teknologi atau idea baharu dalam bidang teknologi komputer. Hanya bahasa yang tidak berkembang lagi yang tidak melahirkan istilah baharu.

Charles Ferguson, seorang pakar sosiologi kemajuan bahasa dari Barat berkata,
"bahasa yang maju (a developed language) ialah bahasa yang mempunyai tiga ciri, iaitu
(a) bahasa itu sudah mempunyai tradisi atau sistem tulisan;
(b) bahasa itu sudah mempunyai suatu ragam bahasa yang disebut 'a supradialectal form', iaitu ragam bahasa baku yang tidak sama lagi dengan pelbagai dialek yang terdapat dalam bahasa itu; dan
(c) bahasa itu mempunyai ciri modernisasi (maksudnya, bahasa itu berupaya menterjemahkan bentuk-bentuk wacana moden dari bahasa lain yang sudah maju dan maju)".

Ini bermakna bahasa Melayu sudah maju sejak sekurang-kurangnya abad ke-14. Sejak abad itu bahasa Melayu sudah mempunyai sistem tulisan yang lengkap, iaitu tulisan Jawi yang digunakan untuk mengarang pelbagai kitab, hikayat dan surat rasmi kerajaan. Hikayat Melayu bertulisan Jawi yang pertama ialah Hikayat Raja Pasai yang dipercayai dikarang di Pasai (Aceh kini) beberapa tahun selepas tahun 1360. Sejak abad itu juga ragam bahasa Melayu baku, atau ragam bahasa Melayu persuratan telah wujud dan berkembang, bermula dengan hikayat tersebut, dan mulai abad ke-15 atau ke-16 bahasa Melayu baku atau bahasa Melayu persuratan inilah yang digunakan oleh kerajaan-kerajaan Melayu-Islam di seluruh rantau yang kini kita sebut rantau Malaysia-Indonesia-Brunei, dari Sumatera (Aceh dan Palembang) dan Tanah Melayu (terutama Melaka dan Johor-Riau) sampai ke Makasar, Maluku dan Ternate, dan ke Borneo, dan akhirnya mulai abad ke-16, ke Pulau Jawa.

Bahasa Melayu 'moden' telah berkembang sejak abad ke-16 atau lebih ketara lagi sejak abad ke-17 apabila lahir beberapa banyak karya dalam bahasa Melayu yang sebahagiannya diterjemahkan daripada karya-karya pemikir agung Islam seperti Imam Al-Ghazali, pemikir Islam yang dapat mempengaruhi para pemikir Barat, termasuk bapa 'falsafah moden' Eropah, Rene Descartes (abad ke-17).

Profesor A.A Teeuw (1962) berpendapat bahawa bahasa Melayu 'moden' telah berkembang sejak abad ke-17, dan antara pemikir Melayu yang 'mempelopori' bahasa Melayu moden ini ialah Hamzah Fansuri, pengarang dan pemikir tasawuf agung Melayu dari Aceh. Prof Muhd Naquib Al-Attas juga berkata bahawa bahasa Melayu 'moden' sudah berkembang dalam abad yang sama setelah Hamzah Fansuri mengembangkan fikiran yang 'saintifik dan rasional' dalam karya-karyanya.

Oleh itu, yang memajukan bahasa itu ialah pengguna bahasa itu. Jika kita maju, misalnya dalam badang ilmu, dan menggunakan bahasa Melayu sebagai alat pemikirannya, sudah tentulah bahasa kita juga turut maju sebagai bahasa ilmu. Jika kita banyak menghasilkan karya ilmu bermutu tinggi, dalam bidang apa pun, termasuk dalam bidang sains dan teknologi, dalam bahasa kita sendiri, sudah tentulah bahasa Melayu akan mempunyai kepustakaan ilmu yang kaya dan banyak. Dengan itu, para ilmuwan dari tamadun atau bahasa-bahasa lain akan tertarik untuk mempelajari ilmu yang terdapat dalam bahasa Melayu itu.

Jelas, untuk menjadi bangsa yang mempunyai kelebihan atau 'nilai tambahan' dalam apa jua bidang, kita hendaklah berfikir dan mencipta dalam bahasa kita sendiri. Salah satu sebab mengapa sesuatu bangsa itu 'tidak maju' ialah mereka tidak mampu berfikir secara kreatif dan mencipta idea-idea, ilmu dan teori-teori baharu dalam bahasa mereka sendiri, kerana mereka tidak menguasai bahasa ragam tinggi. Mereka lebih menguasai bahasa Inggeris untuk 'berfikir tinggi', tanpa menyedari bahawa sebenarnya mereka lebih banyak mengulangi atau meniru fikiran atau ilmu yang sudah diciptakan oleh orang Inggeris. Bangsa yang meniru fikiran atau budaya orang lain tentunya tidak akan mampu mengatasi atau bersaing dengan bangsa yang menjadi 'model' yang ditiru itu.

Oleh itu, tiga perkara perlu kita sedari untuk menjadi bangsa yang mampu mencipta kelebihan. Pertama, kita hendaklah menyedari bahawa bahasa Melayu sudah maju sejak ratusan tahun lamanya, dan merupakan salah satu bahasa yang terbesar di dunia. Kedua, bahasa Melayu, sebagai sistem bahasa (linguistik) mampu menjadi 'alat' untuk melahirkan apa sahaja fikiran, idea, ilmu, teori dan sebagainya dengan syarat kita berusaha berfikir dalam bahasa Melayu ragam tinggi, bukan dalam bahasa pasar yang bercampur aduk dengan unsur Melayu-Inggeris. Bangsa yang menggunakan bahasa campur aduk Melayu-Inggeris menandakan bangsa itu tidak maju dalam budaya dan fikirannya. Contohnya, bangsa Papua New Guinea, Hawaii dan Tahiti, yang menggunakan bahasa kacukan, misalnya bahasa 'Pidgin' atau 'Creol', ialah bangsa yang tidak maju. Ketiga, bahasa Melayu akan terus maju apabila kita maju dalam apa jua bidang dengan menggunakan bahasa kita sebagai alat kemajuan itu.

Kesimpulannya, 'teori' yang benar ialah:
maju bangsa majulah bahasanya.

20091014

finally, UiTM noticed me.

klik untuk besar


uitm apply permohonan temuduga

Gila chuak okay! m.A.a mana pernah kena temuduga. Temuduga kerja pun cam main-main, so tak dikira kot.

Tarikhnya dekat pulak tu. Memang tak boleh bertenang untuk minggu ini.

Agaknya soalan-soalannya apa ek??




20091013

macam mana nak bagitau orang kat internet kalau saya dah mati?

love couple money

Memang lah bila kita dah menghembuskan nafas terakhir, semua hal dunia dah terputus. Cuma m.A.a curious sangat nak tahu kalau ada cara nak bagitau orang kalau kita dah tak ada kat dunia ni.

Ke memang tak ada?


20091009

lemariku kembali bernafas.

warna rambut

Kenapa ada plastik atas kepala tu??

m.A.a tengah warna rambut blonde m.A.a ni ke warna hitam. Sebab ramai orang cakap pelik sangat tengok m.A.a yang berdarah Melayu tulen asia ni rambutnya warna kuning. Sepatutnya hitam kan??? Lalalalala~

Sementara nak tunggu prosesnya selesai, dalam-dalam m.A.a agak kebingungan nak buat apa, m.A.a fokuskan penglihatan pada sudut ini di bilik...

tempat maksiat
almari ikea
YA SEMUA! TIGA ALMARI!


Dan apabila semua baju, jaket, t-shirt, etc (hanya pakaian atas pinggang sahaja dititik beratkan. pakaian bawah pinggang memang pakai semua 100%) dikumpulkan...

bersepah

Tapi ini hanya 70& sahaja yang diuji kaji. Lain memang confirm buat pakai kat rumah. ;)

m.A.a asingkan kepada empat bahagian, pakai, mungkin pakai, pakai kat rumah, & tak pakai langsung.

baju lelong ebay

Sudah kembali bernafas lemariku. Dah, nak tanggal plastik ni.

gila warna


Older Posts